Welcome to my blog :)

rss

Sunday, May 23, 2010

KELEBIHAN DAN FAEDAH SOLAT..

25 kelebihan solat sepertimana disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu:...
Solat menghasilkan keredhaan Allah..
Solat membuahkan kasih sayang para malaikat.
Solat adalah jalan oleh para Nabi dan Rasul.
Solat adalah cahaya makrifat.
Solat adalah asal makrifat.
Solat membuatkan Allah SWT memakbulkan akan doa yang dipanjatkan.
Solat merupakan sebab diterimanya segala amal yang lain.
Solat dapat memurahkan rezeki.
Solat menjadikan badan sihat.
Solat menjadi pelindung terhadap semua musuh.
Solat membuat syaitan berasa benci.
Solat menjadi syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakaratul maut.
Solat adalah penerang di dalam kubur.
Solat menjadi hamparan berbaring.
Solat menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir di alam kubur.
Solat membuat seseorang berada selesa di dalam kubur sehingga hari kiamat.
Solat menjadi naungan di atas kepala dari panas matahari di hari kiamat.
Solat menjadi mahkota di atas kepala.
Solat menjadi pakaian badan.
Solat menjadi lampu penerang di depan ketika berjalan.
Solat menjadi pendinding dari api neraka.
Solat menjadi hujjah.
Solat memberatkan timbangan amal kebajikan.
Solat dapat membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat.
Solat dapat membukakan pintu Syurga.

*petikan dari buku Rahsia Solat oleh Syeikh Abdur Rahman Siddiq b. Muhammad 'Afif Al Banjari*

0 comments:

Post a Comment